Makanan penting bagi setiap manusia kerana ia sumber tenaga untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka . Namun bukan semua makanan boleh diambil begitu sahaja terutama menjelang hari penting seperti peperiksaan dan sebagainya . Berikut ialah senarai 10 juadah berkhasiat bagi membantu perkembangan otak dan sekali gus sebagai persiapan untk kamu menghadapi peperiksaan:
COKLAT => coklat atau koko telah dibuktikan sangat berkhasiat untukotak. Secara mudah , coklat mampu meningkatkan aliran darah ke otak sekali gus memberi kecerdasan pada otak .
MADU => menyembuhkan pelbagai penyakit dan membantu meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental .
KISMIS => membekalkan zat besi untuk pertambahan darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi .
SUSU SEGAR => membekalkan kalsium pada tulang dan menguatkan ingatan , memberi tenaga fizikal dan mental .
DAUN SALAD => menghilangkan rasa dahaga dan melancarkan sistem pernafasan .
TEH => mengandungi bahan catechins( berfungsi mengekalkan kesegaran minda)
TELUR => mampu mengatasi kelemahan tenaga fizikal tetapi juga minda ( terutama telur kuning )
MANGGA => mengandungi khasiat yang baik untuk otak dan meningkatkan daya ingatan .
TIRAM => menajamkan fikiran dan meningkatkan kebolehan untuk mengingatkan kembali maklumat yang diperoleh dengan mudah .
AIR => mengeluarkan kekotoran , membersih dan mengalairkan darah serta zat ke seluruh badan . (8 gelas sehari )