CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 28 Disember 2012

Kerna Aku Bukanlah Hawa Yang Biasa-biasa

Maaf , aku buat kau bosan. Maaf , aku bukan sebuah hiburan.

Iya , suara aku merdu , bak buluh perindu .Andai aku hiaskan ia dengan lantunan , lenggokkan , aku bisa mengetarkan jiwamu .Kau takkan lena di kala malam melabuhkan tirai , kau merindu-rindu .Kalau aku nak , ah ! mudah saja kau aku lilit dikeliling jariku .TAPI aku tak mahu berbuat seperti itu .


Maaf , aku buat kau bosan. Maaf , aku bukan sebuah hiburan.

Iya , aku punya sepatang mata yang bercahaya .Andai aku bariskan ia dengan bintang dan purnama , nescaya , sinaran mataku lebih berjaya .Bisa saja kau aku cairkan , dengan renungan manja .TAPI tak , aku bukanlah peronta jiwa .

Maaf , aku buat kau bosan. Maaf , aku bukan sebuah hiburan.

Iya , aku dicipta berasaskan keindahan .
Segala yang aku punya , ah kalau pun tiada niat dihati untuk membangga , bisa saja buat hati kau berpesta berdegupan .
Bayangan aku berlari-lari depan layar mata , bila sampai masa kau bersendirian .
Aku berkata yang betul, kan ?? 


Maaf Adam , maaf aku buat kau bosan . Wahai Adam , maaf ... tapi aku bukan sebuah hiburan .

Aku tahu , akulah bunganya dunia .
Mekar mewangi dimana-mana ,  di seluruh ceruk pelusuknya .
Kebanjiran aku usah dikira , nanti kau penat diakhirnya .
Aku ditugaskan untuk melalaikan mana-mana Adam dari mengingati syurga .
Setelah itu  aku jerluskan mereka dilembah neraka .

Tugas mulia aku , untuk menghias dunia ... telah diputar beitkan tujuannya .

Sebab itulah Adam , tiada seronok aku melontar suara .
Dan kerana itulah Adam , tiada teruja aku untuk mengintai setiap dari mata .

Adam , tiadalah aku paparkan diri sewenang-wenangnya .

Harap kau mengerti , Adam ..
Harap aku , tiadalah kau meronta-ronta , mendesak-desak supaya ditunjukkan keistimewaan sang Hawa .
Harap aku , tiadalah merona merah muka kau dengan amarah , andai aku tegas melindungkan apa yang aku punya . 
Harap aku , tiadalah rungutan yang kau muncungkan , bila kemahuan kau aku tolak sementah-mentahnya .
Harap aku , tidaklah aku di tolak menyembam muka ke tanah , andai aku cuba menegakkan kalimah-Nya .
Harap aku , bersama kekuatan dan kekuasaan yang tercipta dalam tanganmu , maka tertegaklah maruah aku , SEORANG HAWA ..


Harap aku , bukanlah disebabkan kekuasaan itu , harga diri ak di injak-injak , meleper di merata-rata .
Kerna aku bukanlah Hawa yang biasa-biasa .




Kerna aku , ingin menjadi Bidadari di syurga
Dan kerna aku , ingin menjadi hamba yang setia menunduk pada perintah-Nya ...

( Nukilan  : Rossarina ) kakak sulung kepada Rossa Aqilah *TuanBlog*

Hak cipta terpelihara 2010  



Rabu, 26 Disember 2012

Wanita di jadikan dari tulang rusuk lelaki

Dalam sebuah hadis yang sahih yang direk0dkan 0leh Bukhari & Muslim , nabi berkata ,


" Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengk0k-bengk0k tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya , kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengk0k selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)."Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita,kecuali Nabi Adam yang berasal daripada tanah.


" Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak."

(surah An-Nisa' ayat 1)




Wanita S0lehah Hiasan Tercantik Dunia !
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan d0sa-d0sa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu . . .

 


| I l0ve Allah , We l0ve Allah | 

| I l0ve Muhammad , We l0ve Muhammad | 

| I l0ve Islam , We l0ve Islam | 

 



Sabtu, 22 Disember 2012

Pesan Ummi

. Selamat Pagi wahai penduduk bumi sekalian .
_START YOUR DAY WITH *SMILE*_ :)

Hari ini m0od saya Happy ! tak tahu apa sebabnya Happy tapi Happy lah .
hahaha .  *p0ning sudah*
0k tadi penat bikin sarapan *nasi g0reng*  . s0 now p update bl0g nih . tapi tak tahulah nak update apa? huhu =.=''

s0 every0ne , lihat ph0to dibawah 0k . 

Pesan Ummi dia .

Ummi :  Sayang , Ingat pesan Ummi . Taat kepada perintah Allah .. Tutuplah Aurat  .. Jaga s0lat .. Jaga puasa .. Serta taatlah kepada ibu-bapa .. Bila dah *BERSUAMI* nanti .. taatlah kepada suami ya? ..

Si Anak Gadisnya : InsyaAllah Ummi .. #ANAK YANG BAIK#

HAH ! kawan-kawan .. Jadilah anak yang s0leh / solehah ya .. sentiasa taat perintah Allah & melakukan amal kebaikan .. nescaya kelak kamu ditempatkan di syurga . InsyaAllah .. Amin .....

..... | t0 be c0ntinue | ....



Isnin, 17 Disember 2012

Musim Buah Rambutan

Assalamualaikum .
Eh , hai kawan-kawan kita yang comel , cantik & hensem semua !
Hari ini kita ada kisah . kisah tentang kita & jiran kita . tapi kisah ni dah lama . khakhakha :P
m0rning , pada waktu tu , kitaorang p joging kat kawasan perumahan kitaorang . pusing-pusing kat kawasan tuh . kadang joging ,kadang lari , kadang jalan . hihi ^^ sampai ada se0rang pakcik naik motor nih tegur , " Hei dek , tu bukan joging tuh , tuh jalan-jalan , pergilah sana joging like ........ (siap buat gaya atas motor dia tuh) haha . lahaii PAKCIK2 tahulah . kalau jatuh kan susah nanti . =.=' apapun waktu pakcik tuh membebel , kita orang hanya mampu wat muka BLURR .. -___-" lepas pakcik tuh pergi . kitaorang saling berpandangan & GELAK KETAWA . hahahahaha . sakit perut dibuatnya . dah lah haus , lapar . sebab sebelum tuh tak amik sarapan lagi . khikhi ^^ ..
Then , kitaorang sambung perjalanan , & secara tiba2 kitaorang terberhenti di satu rumah ni . WAH banyak rambutan ! merah2 kuning2 ! pembuka selera ! huhu malangnya tuh milik orang . tak ma0u curi maa .. tapi2 kitaorang amik gambar wat p0sing2 gaya petik buah rambtan gituh . haha padahal tak petik pon . khikhi . awak tertipu ! 

inilah gaya petik rambutan =P

lepas tuh , kitaorang rehat dirumah jiran kita tuh , hihi ^^ dapat makan rambutan ! FREE ! hihi ^^bertuah ! haha . naktahu tak rambutan sap0? tuh rambutan jiran sebelah kepada jiran kita yang joging dengan kita =.=' berbelit2 , pening kepala jap . haha dia kasi petik , hah apa lagi ! kitaorang petiklah , ALMAKLUMlah , kita ni terlalu tinggi sampai kena L0MPAT2 tuk amik buah tuh . O.O ..anyway i get it ! wah , kupas , makan , nyum2` .sambil t0nton tv citer sedih * MY HEART* tapi KETAWA . haha . oklah penat taip nih . ST0p first . ----->> t0 be c0ntinue ................................... 

Rabu, 7 November 2012

Ketahui 10 cara untuk otak cerdas

Makanan penting bagi setiap manusia kerana ia sumber tenaga untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka . Namun bukan semua makanan boleh diambil begitu sahaja terutama menjelang hari penting seperti peperiksaan dan sebagainya . Berikut ialah senarai 10 juadah berkhasiat bagi membantu perkembangan otak dan sekali gus sebagai persiapan untk kamu menghadapi peperiksaan:

COKLAT => coklat atau koko telah dibuktikan sangat berkhasiat untukotak. Secara mudah , coklat mampu meningkatkan aliran darah ke otak sekali gus memberi kecerdasan pada otak . 

MADU => menyembuhkan pelbagai penyakit dan membantu meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental . 





KISMIS => membekalkan zat besi untuk pertambahan darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi . 

SUSU SEGAR => membekalkan kalsium pada tulang dan menguatkan ingatan , memberi tenaga fizikal dan mental .

DAUN SALAD => menghilangkan rasa dahaga dan melancarkan sistem pernafasan .

TEH => mengandungi bahan catechins( berfungsi mengekalkan kesegaran minda)

TELUR => mampu mengatasi kelemahan tenaga fizikal tetapi juga minda ( terutama telur kuning )

MANGGA => mengandungi khasiat yang baik untuk otak dan meningkatkan daya ingatan .

TIRAM => menajamkan fikiran dan meningkatkan kebolehan untuk mengingatkan kembali maklumat yang diperoleh dengan mudah .

AIR => mengeluarkan kekotoran , membersih dan mengalairkan darah serta zat ke seluruh badan . (8 gelas sehari ) 

Jumaat, 26 Oktober 2012

Novel II karya ANIS AYUNI

Novel - novel karya ANIS AYUNI



 ( SUNGGUH AKU CINTA )


( SAAT KAU KATA CINTA )


( MANISNYA CINTA )


( GEMERSIK KALBU )


( CINTA YANG KURASA )


( SERIBU KALI SAYANG )

Adam & Hawa

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. 

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. 

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



novel Adam & Hawa 

kisah cinta yang sedih .. 
baca tau jangan tak baca .. :)

Khamis, 19 Julai 2012

Nutrition and privileges of roses



Roses is no stranger, especially among those who were in love. These roses are different colors. Among them are the roses red, white, orange, purple, pink, red mix of white, blue and yellow. As well as giving the man the fruit of his heart, the rose is actually a variety of nutrients. In this article I want to share about the benefits and advantages of roses for the benefit of all.

In the field of beauty, the rose oil is used as a mixture in cosmetics to menggebu and rejuvenates the skin. While the flowers are used as a cleanser, moisturizer and blend in the foundation. Moreover roses can help prevent acne, smoothes skin and skin tissue to shrink astrigen

Roses can also help women who suffer from irregular periods. To do this, take the estimated content of 90 grams of Aloe vera and mix it with rose colored orange (orange). Boil these ingredients together with 500 milliliters of water to boil up to the broth lived in approximately 200 milliliters. Filters of this material when it is warm and drink. Hold it up to you to be a smooth menstrual problems.

Leaves and petals of roses can assists in swelling and bruising as a result bumped or hit anything hard as it contains a mild laxative is a substance that can treat cuts and bruises. We do this by taking a few leaves and petals of fresh roses and crushed. Paste the crushed material on the swelling and bruising. Repeat until the swelling down.

This is the tip of the most liked by most people that is ageless tips. If the diligent practice of eating rose petals teens, it can help in rejuvenates your face. Should eat rose petals are going to secar the desired effect of aging. There is nothing that can be obtained easily if want a natural result.

Rabu, 18 Julai 2012

Mawar Merah


MAWAR MERAH is love and romantic !



Seandainya Mawar Merah ini miliku
aku akan menjaganya dan menyayanginya seperti mana aku lakukan pada cintaku ..
Seandainya ia bukan miliku 
aku akan melepaskan kepergiannya dalam hidupku walaupun 
terpaksa mengundang seribu kesedihan dan kekecewaan ..




Seandainya ia menjadi milikku untuk selamanya ...
aku akan menjaganya dan tidak akan pernah melepaskannya walaupun sesaat sekalipun ..
kerana aku sangat menyayanginya seperti sayang dan cinta ku padamu ..


MAWAR MERAH adalah segalanya untukku ..
CINTAMU adalah selamanya untukku..
dan 
HATIKU selalu ada namamu ...

Nukilan :  Rossa Aqilah (tuan blog) ^-^

Isnin, 4 Jun 2012

Seminar PMR

Seminar PMR di Dewan SMK Senai ( es0k )  ~7 Julai 2012 ~Seminar PMR ini ditawar kepada pelajar-pelajar yang mendapat tempat pertama hingga tempat ke 12 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 ..Alhamdulilah ! saya dapat ikut !walaupun mendapat tempat yang agak mengecewakan dalam peperiksaan itu ..tapi walaubagaimanapun , saya akan tetap berusaha untuk menjadi yang TERBAIK !|  d0akan ye kawan - kawan |saya yakin PMR tahun 2012 ini !saya boleh mendapat 8A ! ( perfect sc0re )MALAYSIA B0LEH ! ' Barang siapa yang berusaha dia pasti akan berjaya '


USAHA TANGGA KEJAYAAN !